ASFARINA ENTERPRISE SDN BHD
ASFARINA ENTERPRISE SDN BHD & ASFARINA ENTERPRISE, adalah sebuah syarikat milik penuh seratus peratus (100%) bumiputera yang bergiat aktif di dalam PEMBINAAN, KATERING MAKANAN dan HARTANAH, merupakan salah satu daripada syarikat Konglomat, KUMPULAN ASFARINA. Ianya di tubuh sebagai syarikat milik tunggal yang di kenali sebagai ASFARINA ENTERPRISE yang dimiliki oleh Datuk Haji Abd. Lah @ Abdullah Bin Awang dan telah di daftarkan pada 18hb Ogos 1988 dengan wawasan untuk mencapai ke arah pencapaian bermutu dan profesionalisme di dalam industri Pembinaan.
KATERING MAKANAN
Perkhidmatan bercorak servis di dalam penyediaan dan pembekalan makanan bermasak Islam. Pada masa ini, kami memberikan perkhidmatan catering di kantin-kantin sekolah, kanti asrama, dan kantin kilang dengan harapan menuju kearah Katerer Ternama di Malaysia. Berdaftar sebagai Pembekal Makanan Bermasak di Kementerian Kewangan Malaysia.
KONSULTAN PENGURUSAN PROJEK
Menawarkan pakej Perkhidmatan Perunding Projek yang merangkumi perkhidmatan pengurusan projek, arkitek, jurutera, jurukur bahan, jurukur tanah dan lain-lain skop kerja yang berkaitan dengan Pembangunan Hartanah Perumahan, Perindustrian dan Projek Pembinaan. Bagi memastikan kejayaan tercapaiu di peringkat maksima, disamping menjaga kepentingan pihak pelanggan, kami telah berkerjasama
PEMBEKALAN AM
Dengan rangkaian pembekal-pembekal yang ternama (tempatan dan luar negara) dan hubungan rapat dengan komissioner- komissioner Perdagangan Antarabangsa, kami berusaha untuk mengeksport barangan buatan Malaysia terutamanya produk-produk makanan, perabut, kraftangan, kayu balak dan barangan tempatan lain yang boleh dikomersilkan ke luar Negara.